-ALpG06Ro7bhZWGeP.png)
Teori Dunia Tiga Penjuru: Pencarian inti nasional kita
Teori sampingan pertama yang menyuntikkan lensa geopolitik antarabangsa untuk memahami percanggahan dalam sesuatu masyarakat majmuk umpamanya Malaysia. Untuk merealisasikan wawasan Nasional Modenisme, ia memerlukan teori bernas yang membolehkan seseorang Nasional Modenis agar menjelmakan nilai-nilai murni daripada tiga-tiga penjuru Malaysia, mahupun membinasakan unsur yang bersifat radikal.
NASIONAL MODENISME
Mukadimah
Kepada insan-insan Malaysia,
Tinjauan sepintas lalu mengajari kita betapa penting pemahaman arus sejarah sebagai penyumbangan pada perubahan sosial yang menggoncangkan dunia. Renungan ini tepat semasa Abad lama, walhal Abad-21 pun kita dapati jawapan yang sama. Ia memberikan ajaran bahawa pengejaran keagungan negara adalah proses yang susah dan memerlukan seni politik yang bukan setakat seni kemungkinan, tetapi harus dirangkaikan dengan pencorakan duniawi yang melonjakkan sejarah. Tokoh dan kelompok yang memahaminya pula menjadikan diri sebagai pemikir hebat dengan wawasannya, dimana benih pemikiran mereka sama ada dilaksanakan semasa kehidupannya, ataupun dicatat di sejarah selama-lamanya pasca-kewafatan. Maka politik kini yang berdasarkan oportunisme berparasit adalah kesan yang mengingati hikmah seni pertama tanpa rangkaian lanjutan yang menguasai arus sejarah.
Kepada insan-insan Malaysia,
Sudah masanya kita meninggalkan kebiasaan dan kejumudan intelektual. Insan Malaysia terlalu malas untuk mencorakkan pemikiran baru demi kekuatan negara, tetapi merendahkan diri kepada mesin ekonomi semata-mata sambil mengekalkan diri sebagai sinis dan mengkritik segala-galanya tanpa keupayaan berfalsafah arus baru. Justeru, kekurangan makna istilah ‘Malaysia’ lagi menjadikan kesan sampingan kepada ketidakupayaan masyarakat tanah air agar melahirkan solusi bersepadu kepada akar nasional yang sudah reput.
Negara Malaysia adalah entiti yang saling bercanggah. Sampai kini masyarakat kita belum menyedari bahawa negara ini mempunyai tiga penjuru yang saling berputar-putar di sekeliling Malaysia. Dinamik yang sulit lalu memerlukan golongan pemikir yang memberitahu bahawa perpaduan yang diingini demi keagungan negara adalah asas teori yang menangkapi nukleus pertengahan antara tiga-tiga penjuru ini. Hanya penangkapan nukleus dapat memberikan inti nasional Malaysia yang merangsangkan penyatuan yang akan datang. Teori sebegini mengingatkan rakyat Malaysia bahawa keterlaluan, langganan dan ketagihan kepada salah satu penjuru akan menjauhkan negaranya daripada lonjakan seismik. Kerana bagi insan Malaysia, negara majmuk ini akan ditakdirkan negara jumud apabila rakyatnya mementingkan sfera kaum, kerohanian dan budaya sendiri masing-masing, menyerapi intipatinya sejauh mana tali sehaluan yang dapat menjalinkan semua dikorbankan pula.
Akibatnya, kereputan falsafah bergabung dengan kejahilan yang sinis merangsangkan sekumpulan pemikir muda untuk mencorakkan kerangka teori yang menjelaskan cabaran percanggahan Malaysia. Oleh kerana penyaksian betapa jahil masyarakat kini terhadap takdir nasional yang diberikan oleh kedudukan peta dunia, ia menakutkan mereka bahawa tanah air dirgahayu ini akan dijadikan entiti yang tiada berkaitan dengan sejarah kemanusiaan sejagat. Kerisauan ini merupakan unsur utama yang menciptakan pemerhatian teoretikal iaitu Dunia Tiga Penjuru — Penjuru Konfusian, Penjuru Islam dan Penjuru Membangun— yang saling mengelilingi Malaysia tanpa keupayaan mengarusperdanakan diri secara abadi. Melalui usaha permulaan ini, lensa Tiga Penjuru pula menawarkan tiga keperluan yang perlu disedari oleh insan-insan Malaysia sebelum perjuangan demi kekuatan negara.
Yang pertama, keperluan memahami arus pemikiran Barat adalah hasil kelemahan nasional. Salah satu sifat utama dari negara-negara membangun adalah ketidakupayaan tamadunnya agar menafsirkan duniawi yang berpengaruh, sejauh mana penerimaan unsur asing menjadi perangai sukarela kerana teras tamadun langsung tidak reti membalas kepadanya. Jadi, kefasihan pemikiran Barat sebenarnya bukan perkara yang buruk, tetapi pengabaian kita dalam mencorakkan kerangka kendiri yang meliputi nuansa geografi, takdir negara dan alam sejarahnya melambangkan kelemahan bangsa Malaysia. Justeru, Penjuru Membangun mengesankan kita bahawa ketagihan radikal dalam khazanah pemikiran ini tidak akan membawa kekuatan negara.
Kedua, keperluan memahami arus pemikiran Islam adalah hasil hakikat nasional. Kendatipun demikian, teori Dunia Tiga Penjuru juga mengingati insan Malaysia dimana penumpuan sehaluan kepada khazanah Islam tidak akan mencukupi Malaysia sebagai negara agung disebabkan putaran pengaruh daripada Penjuru Membangun dan Konfusian di teater Asiatik. Oleh itu, perjuangan intelektual demi tamadun Islam di tanah Malaysia mestilah diperimbangkan dengan dua Penjuru lain. Persekitaran geopolitik serantau Nusantara yang lebih rumit memerlukan Kalam yang mengemudikan Malaysia kepada nukleus pertengahan di antara tiga Penjuru ini, dimana negara menguasai takdir kesatuan nasional sambil mempertahankan diri daripada gagasan asing yang melambangkan fikiran radikal penjuru-penjuru tersebut.
Ketiga, keperluan untuk memahami arus pemikiran Konfusian melalui lensa Marxis-materialis adalah hasil geopolitik. Para insan Malaysia mesti menyedari realiti bahawa jiran China merupakan kuasa besar kini dan selepasnya. Disebabkan tekanan sedemikian, mustahil perjuangan intelektual Malaysia terhadap khazanah China tersekat pada tahap pemahaman fikiran mereka semata-mata, tetapi perlu menciptakan model konseptual yang menjalankan proses sintesis terhadap hikmah ketamadunan dengan ideologinya. Insan Malaysia perlu melangkaui jurang wacana yang mengulas bahawa China sudah terpulih kepada sistem kapitalisme, tanpa memerhati geografi alam benua Barat yang bergunung-gunung sejauh mana kuasa otoritatif masih akan dijadikan alasan pengukuhan sentralisme demokrasi. Jadinya, pemahaman geopolitik Asiatik melalui lensa Tiga Penjuru mesti memiliki model konseptual kendiri yang dapat merintis kekuasaan tanah air. Namun kesan yang sama akan diulangi seperti penjuru-penjuru sebelumnya jika rakyat kita melanggani penjuru ini secara melampau.
Jadi sesiapa yang mencari inti pertengahan antara tiga-tiga penjuru, dialah yang mempelopori keagungan Malaysia.
Kepada insan-insan Malaysia,
Mukadimah ini tetap merupakan laungan alu-aluan kepada pemikir muda Malaysia untuk menerusi perintisian tersebut agar inti nasional dapat didapati antara tiga penjuru yang saling bercanggah di Malaysia. Pengulasan demikian hanyalah detik permulaan yang masih perlu diperluaskan dan didalami meskipun kami menyangka risikonya sejauh mana hanya sesuatu petikan yang dapat meringkas pendirian kita,
Semua gagasan yang akhirnya menggoncangkan masyarakatnya berasal sebagai arus pertentangan kepada status quo yang beracun; apa yang menjayakannya adalah kemuliaan, keberanian dan percintaan sejati demi keagungan tanah airnya.
Bab 1: Dunia Tiga Penjuru Malaysia: Keinginan terhadap inti nasional
Perpaduan dan keagungan hanya terwujud jika sesebuah negara berupaya menguasai fenomena antarabangsa selari dengan ketatanegaraan nasional. Sebagai negara yang berbilang kaum, budaya dan agama, rangkaian ekosistemnya yang terjalin meletakkan Malaysia di antara tiga Penjuru utama. Teori ini memesankan insan Malaysia bahawa komitmen melampau terhadap satu-satu penjuru akan menyebabkan kesan seumpamanya Penjuru Membangun radikal akan melahirkan insan yang tidak relevan di dunia; Penjuru Konfusian radikal pula melahirkan insan yang bersikap chauvinis dan rasis; dan Penjuru Islam radikal melahirkan fanatik yang melupakan perjuangan tanah air kendiri. Maka istilah ‘Penjuru’ dalam teori ini merupakan amaran kepada insan-insan Malaysia bahawa keterlaluan kepada salah satu penjuru tetap memecah belah dan memerosotkan bakat, pemikiran dan daya kreatif negara yang sebenarnya dapat memperkasakan kita secara kolektif. Jadi kemunculan teori kini adalah untuk mengakarumbikan kuasa bergelora agar melenyapkan arus politik kini yang tidak peduli perjuangan terhadap inti nasional demi tanah tercinta kita.
Sejak lalu, hanya kuasa politik berfalsafah dapat menggerakkan masyarakat ke alam baru dan menyuntikkan benih akal pemerkasaan masyarakat selama-lamanya. Politik kini yang hanya difahami sebagai aktiviti undian selain daripada perjuangan demikian melahirkan parasit konyol yang menganggap politik sebagai kerja biasa. Arus kini bukannya untuk melahirkan negarawan yang mengemudi insannya kepada inti pertengahan antara Tiga Penjuru. Sebaliknya, kemungkinan tokoh negarawan yang akan muncul banyak menakuti parasit-parasit konyol kerana menyedari bahawa prestasi politik bukan lagi betapa besar kelompok otak kecil yang dapat dikumpulkan demi undian semata-mata, tetapi ditukari kepada kebernasan wawasan. Kawanan bodoh ini hanya tahu menyalahkan golongan lain dan akan sedaya upaya menjadikan apa jua isu semakin remeh agar rakyatnya telahpun melupa peristiwa berikut. Walaupun negara ini mahukan pemimpin berwatak dan bertenaga yang berupaya menerajui kita kepada inti pertengahan demi keagungan negara, kelompok otak udang ini akan melaungkan betapa ketidakadilan sistem yang tidak meliputi mereka atas slogan ‘demokrasi berparlimen’. Sistem yang mereka ‘mempertahankan’ pula sebenarnya adalah syurga bagi mereka kerana dapat menerusi agenda-agenda remeh yang tidak perlu kuasa pemikiran, kerana kerja sudahlah dianggap selesai selepas tengkingan dan taktik rencatan kepada pihak musuh. Jadi walaupun Malaysia sejak kemerdekaan tidak pernah mencapai kesatuan sehaluan, masyarakat ini tetap berbangga terhadap sikap sindir-menyindir yang sinis tanpa kemampuan melaraskan tanah tercinta kepada takdir kekuatannya, tetapi masih membentuk perikatan konyol dengan rakyat berpenjuru radikal yang menyediakan Malaysia kepada kewujudan yang tiada sumbangan kepada dunia. Justeru pembentangan teori Dunia Tiga Penjuru dijadikan sesuatu ketuk kepada insan-insan Malaysia bahawa seluruh hal ehwal, sama ada remeh ataupun mustahak, semuanya dipengaruhi oleh putaran-putaran tiga penjuru ini. Pemilihan bahasa, arus pendidikan, kesusasteraan, muzik, hikmah dan maksud ‘negara’ — semuanya berasal daripada elemen tersirat penjuru-penjuru tersebut, dimana ada yang baik dan ada yang radikal.
Teori ini merupakan amaran kepada insan-insan Malaysia bahawa tanah ini tidak boleh diperosotkan oleh penjuru-penjuru radikal sampai negara ini hanya wujud disebabkan hakikat geologinya, tetapi langsung tidak diperlukan bagi kemajuan kemanusiaan sejagat. Teori ini juga merupakan kerisauan terhadap dinamik kini sejauh mana tanah Malaysia hanyalah tempat kelahiran rakyat tanpa memiliki roh sejatinya.
Justeru, keinginan inti nasional kita berasal daripada tiga keperluan — geopolitikal, nasional dan penguatan kendiri. Dan aspirasi sebegini akan memerlukan keberanian teoretikal yang dapat menguasai inti daripada tiga-tiga penjuru sambil melenyapkan unsur yang radikal. Hanyalah dengan kemenangan tahap falsafah, barulah masanya agar Malaysia berkawat kepada tindakan politik bersepadu.
Bab 2: Penjuru Konfusian: Keperluan Malaysia menguasai arus sintesis sejarah-ideologi China
Secara amnya, China merupakan salah satu negara yang memiliki detik penerusan antara negara-bangsa moden dengan tamadun lamanya. Sejarahnya bukan setakat sejarah, tetapi masih sehaluan dengan perangai politik mereka.
Kepada insan-insan Malaysia,
Negara China merupakan tamadun yang berunsur metafizik tetapi kini ditafsirkan melalui lensa materialisme historis pasca-kemasukan Marxisme. Apa yang kita harus memahaminya adalah mereka memerintah melalui model Marxis-Leninis yang ada sedikit adaptasi terhadap nuansa masyarakat China, kini digelari sebagai Maoisme. Dunia Tiga Penjuru lalu menunjukkan keperluan geopolitikal ini sebagai takdir geografi dan nasional dimana Malaysia perlu menjalani pengajian teoretikal terhadap perangai politik China dan implikasinya terhadap negara kita. Tetapi kalau pemahaman terhadap ayat itu ialah pengajian deskriptif dan empirikal pula, ia adalah tafsiran yang salah. Tekanan daripada dua penjuru lain memerlukan Malaysia agar menerokai pemahaman teoretikal spekulatif melalui model konseptual diri yang dapat melahirkan weltanschauung Malaysia dalam equilibrium teater Asiatik — terutamanya Laut China Selatan. Dengan itu, pengajian Penjuru Konfusian bukan setakat penyumbangan akademik; sebaliknya ia adalah pertempuran intelektual dengan khazanah China agar Malaysia dapat mengatasi cabaran-cabaran dibawa oleh mereka. Usaha ini mustahak kerana ia merupakan sebahagian kecil daripada teka-teki yang besar yang akan mencorakkan falsafah nasional baru selepas penangkapan inti nasional antara tiga-tiga penjuru tersebut.
Justeru, model hipotetikal yang ditawarkan kepada Malaysia akan dijadikan pemacu geopolitikal di teater Asiatik yang mengandungi
Khazanah tamadun China + Marxisme + Leninisme + Maoisme + Khazanah pemikiran Barat
Model ini akan dijadikan sebagai alat pemahaman perangai dan implikasi China terhadap Malaysia, misalnya populasi insan Malaysia beretnik Cina. Pemikiran model ini bukan sahaja akan meneraju negara ini secara berarah, tetapi juga menyedari jurang falsafah yang perlu ditutupi agar sekelompok kaum Cina berpenjuru Konfusian radikal dapat dikemudi semakin dekat kepada inti pertengahan untuk mencapai kesatuan nasional.
Kepada insan-insan Malaysia,
Sejarah sejagat telah menunjukkan kuasa darat agung selalunya diiringi dengan kuasa maritim. Salah satu contoh merupakan Empayar British pada abad-17, sama juga untuk Amerika Syarikat hari ini. Jadi hakikat yang kita kena akui adalah Laut China Selatan tetap menjadi medan pertempuran kuasa besar yang baru. Demi kemenangan laut yang insan-insan tidak dapat berdiri di atasnya, teater maritim bernasib sebagai pertempuran yang bukan setakat tahap ketara, tetapi juga pertempuran abstrak dan permainan persepsi.
Sebagai negara maritim dengan susur galur kebenuaan, Malaysia tidak boleh menafikan bahawa seni strategik jiran kita yang ber-Marxis-materialis masih bercatur melalui hikmah ketamadunannya. Bagi mereka, teater Asiatik ini bermula sebagai perlawanan abstrak, ataupun 型,yang dilaksanakan oleh pengemudian Wuxu (务虚) — yang difahami sebagai seni pemikiran abstrak dimana istilah ‘kemenangan’ tidak bermakna sama ada menang ataupun kalah. Sebaliknya, inti pemikiran tersebut mengambil pendekatan yang tersirat dimana kemenangan dinilai melalui kelebihan relatif. Pokok pemikiran demikian justeru merangkumi wawasan negara berjangka panjang dan falsafah tradisional agar ia menyempurnakan pendekatan internasional mereka. Akibatnya, pergabungan khazanah ketamadunan dengan ideologi Marxis-Leninis telah melahirkan sebuah regim yang berupaya mencapai prestasi materialistik demi percaturan berjangka panjang tanpa sekatan daripada unsur-unsur dogma keagamaan. Selanjutnya, penyumbang sampingan lalunya dicapai oleh praktis Wushi (务实) yang lebih bercenderung kepada renungan pragmatik — pembasmian kemiskinan, pembangunan ekonomi dan ketenteraan semuanya berpokok demikian.
Pemerhatian sebegini lalu menjadi rangsangan utama untuk Malaysia memperjuangkan arus weltanschauung diri dan bukan hanya menjadi pelanggan semata-mata kepada ‘Neutrality’ yang berteras perangai reaktif tanpa keupayaan pencorakan duniawi. Lensa Tiga Penjuru Malaysia mengasaskan penentangan terhadap ‘Neutrality’ kerana pokok pemikirannya hanya menyiratkan Malaysia untuk bertahan daripada kuasa asing tanpa kandungan alternatif yang membolehkan kita mempelopori arah kendiri. Jika kita menggunakan lensa pemikiran China terhadap situasi Malaysia, inti diplomasi yang lemah lembut atau ‘Quiet diplomacy’ berada di kategori 利(benefit) yang menjalani Wushi demi ekonomi materialistik tanpa sedaran bahawa pertempuran relatif (型 form)semakin bercenderung kepada penguasaan China. Peristiwa pada dekad ini membuktikan keabsahan pemerhatian berikut, sama ada pengabaian China terhadap keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa, taktik Salami Slicing, ataupun pencerobohan sempadan udara dan maritim kita. Inilah ganjaran kepada jiran kita yang melaksanakan diplomasi bertingkat dua yang membolehkan rancangan jangka panjang dengan pendekatan pendek demi penguasaan kuasa dan persepsi pada masa depan.
Kepada insan-insan Malaysia,
Kebangkitan kuasa negara ber-Marxis yang pantas tidak boleh dianggap sebagai dinamik yang dimusuhi semata-mata, kerana perjuangan China mengingati Malaysia betapa penting kesatuan nasional dan wawasan demi keagungan negara; berbanding dengan negara sendiri yang seringkali ada slogan baru yang akan dilupakan selepas 5 tahun dan kadangkala lebih pendek daripada itu. Tetapi kekaguman kita kena beralih kepada pesanan negara bahawa keagungan Malaysia dilahirkan daripada akumulasi form. Ia bukan setakat usaha dasar, tetapi ia sesuatu revolusi falsafah keseluruhannya yang mencorak kuasa seismik baru. Demi pencapaian tersebut, bentuk abstrak mesti mengandungi unsur estetik, rohani dan nasionalistik yang berupaya menyatukan roh insan-insan Malaysia sejauh mana tanah air ini didukung kepada Pax Malaysiana — Malaysia yang agung.
Oleh itu, Penjuru Konfusian adalah seruan kepada pemikir berani untuk menyertai perjuangan intelektual demi pemahaman fikiran gergasi Marxis. Di samping itu, ayuhlah kita mencorakkan perjalanan nasionalis yang membukakan landasan kesatuan yang dapat diimbangi dengan dua Penjuru lain.
Bab 3: Penjuru Islam: Pengimbangan keagungan negara dengan perbaktian agama
“Bagi mereka, teater Asiatik ini bermula sebagai perlawanan abstrak, ataupun 型,yang dilaksanakan oleh pengemudian Wuxu (务虚) — yang difahami sebagai seni pemikiran abstrak dimana istilah ‘kemenangan’ tidak bermakna sama ada menang ataupun kalah. Sebaliknya, inti pemikiran tersebut mengambil pendekatan yang tersirat dimana kemenangan dinilai melalui kelebihan relatif. Pokok pemikiran demikian justeru merangkumi wawasan negara berjangka panjang dan falsafah tradisional agar ia menyempurnakan pendekatan internasional mereka. Akibatnya, pergabungan khazanah ketamadunan dengan ideologi Marxis-Leninis telah melahirkan sebuah regim yang berupaya mencapai prestasi materialistik demi percaturan berjangka panjang tanpa sekatan daripada unsur-unsur dogma keagamaan.”
Kepada insan-insan Malaysia,
Negara kita dan serantau Nusantara sedang mengalami persimpangan yang kemungkinan melahirkan kuasa global yang menduduki di teater Asiatik. Pemerkasaan Malaysia lalu memerlukan weltanschauung yang melangkaui survivorship agar ia merangsangkan diri sebagai pemacu serantau. Oleh sebab itu, keperluan nasional juga kena mengelakkan wacana yang berpendapat praktis taqlid yang lebih kuat sebagai solusi penentangan pengaruh dunia Konfusian. Sebaliknya, Malaysia yang berdepani dengan kuasa materialis historis yang tidak tersekat daripada mana-mana dogma atau mazhab diperlukan landasan adaptasi yang menggabungkan pemahaman teologi dengan hakikat geopolitiknya. Tetapi sebelum kita menawarkan solusi terhadap dilema penjuru ini, kita harus memahami dinamik dalaman dunia Islam yang menyumbang kepada fenomena kini seperti kerendahan daya kreativiti, intelektual dan jati nasional.
Masalah-masalah hari ini yang terjadi di seluruh pelosok dunia Islam kontemporari sebenarnya dapat menjejaki akarnya melalui pemerhatian kronologi tamadun yang meliputi pokok pemikiran Hellenisme yang amat mempengaruhi trajectory sejarahnya. Penafsiran kronologi demikian perlu berbanding selari dengan benua Eropah disebabkan mereka yang juga dipengaruhi dengan gelombang tersebut, dimana kesan intelektual yang berbeza antara Islam dan Barat telah mencorakkan arus kendiri yang masih disaksikan hari ini. Oleh itu, kemerosotan kini yang sering dibincang sebenarnya boleh difahami sebagai kesan sampingan pasca-persiapan teologi-intelektual selepas reaksinya terhadap dua gelombang Hellenisme yang melanda dunia Islam.
Beratus-ratusan tahun sebelum kisah Renaissance Eropah yang memulihkan khazanah Hellenis yang mengetengahkan akal sebagai orde alam, gelombang pertama (750–950M / 130-340H) sudah tiba di Kerajaan Bani Abbasiyyah. Alam pemikiran Yunani yang rasional dan sistematis memainkan sumber inspirasi kepada gerakan Mu’tazilah yang merintiskan disiplin seperti Ilmu Kalam dan fikiran berfalsafah sehingga ia diarusperdanakan sebagai ideologi utama semasa pemerintahan Khalifah al-Ma’mun (813/833M / 198-219H). Walau bagaimanapun, kuasa alternatif iaitu ahl-Sunnah wal-Jamaah, segolongan yang cukup enggan terima arus pemikiran tersebut pula menjadi salah satu kuasa disebalik tabir Mu'tazilisme yang mencatatkan pengukuhan faham majoriti Ummah melalui Sunnah dan Jama’ah umpamanya fiqh dan mazhabnya pada jangka masa itu. Tetapi apa yang melonjakkan ahl-Sunnah wal-Jamaah sebagai arus perdana sampai kini bermula semasa gelombang Hellenistik kedua (950-1260M / 340-660H). Latar belakang ini dihujah sebagai detik penyampingan tamadun Islam selepas penyumbangan pokok pemikiran Ghazali-Asy’ari yang menguncikan arus khazanah teologi Sunni sampai zaman kontemporari. Pembentangan Ghazali-Asy'arisme terhadap jalan pertengahan antara ijtihad yang berfalsafah dengan wahyu yang dogmatik akhirnya melahirkan kesan sampingan yang lebih cenderung kepada ilmu wahyu, usuluddin dan kadangkala sikap jabariyyah tanpa imbangan akliah. Sebaliknya, percubaan yang agak selari dengan Ghazali-Asy’arisme juga muncul di benua Eropah oleh Aquinas yang menawarkan sintesis antara akal sistematis Hellenisme dengan prinsip Katolik. Tetapi apa yang membezakan dua-dua tamadun ini adalah intipati sintesis Aquinas dijadikan benih penyampingan kepada aliran sekularisme yang kemudian dijadikan arus perdana pasca-Renaissance dan zaman Reformation. Arus pemikiran selepas itu tidak lagi menyimpang daripada pokok demikian sehingga zaman kontemporari.
Secara amnya, gelombang Hellenisme secara sirat mengemudi dua-dua tamadun ini, meskipun aliran pendekatannya terhadap dikotomi keimanan dengan akal berbeza masing-masing. Persiapan khazanah daripada dua-dua pihak tersebut, sebenarnya mencorakkan dinamik yang agak sama pada abad-21 dimana fenomenanya adalah arus yang ingin kita mengelakkan supaya menjayakan inti nasional Malaysia. Apa yang Malaysia harus menyedari adalah khazanah sebegini telah berkembang kepada had maksima sehingga ia sudah mustahil untuk mencorakkan arus yang bernas sejauh mana mencapai sfera pengaruh seperti abad-abad sebelumnya. Arus perdana daripada dua-dua ini pula lebih berfokus dalam gagasan reformasi atau revisionisme yang rupa-rupanya selisih, tetapi hanya sisi berbeza daripada syling sama. Mereka tidak mampu perubahan seismik yang mencorak alam yang baru kerana sudah selesa selepas selok-belok yang langsung tidak menyentuh akar umbinya. Sama ada pascamodenisme, reformisme salafi, wahhabisme, modenisme Islam, neo-liberalisme atau pelbagai idea lagi yang akan seringkali berbuai antara reformism dan revisionism selepas kegagalan gradualisme mereka.
Oleh demikian, untuk Malaysia yang relatifnya muda untuk mempelajari khazanah dunia Arabia-Islam, apatah lagi Barat, sebuta-butanya tidak akan menjayakan pencarian inti nasional Malaysia demi keagungannya. Walaupun saranan demikian mengandungi risiko, penafsiran Tiga Penjuru menjadikan laluan ini sebagai keperluan kerana tekanan berat geopolitik. Serantau Nusantara dan teater Asiatik dipenuhi dengan regim yang berupaya memerintah secara sekular sama ada global atau segi serantau. Justeru, mana-mana penafsiran melampau dalam teologi ataupun fiqh Islam membawa risiko yang lebih teruk berbanding daripada serantau Timur Tengah kerana percubaan yang saling selari boleh dijangkakan. Jadinya, Malaysia mestilah mempelopori perjalanan asal jika golongan fanatik yang berpenjuru Islam radikal menyirat penerimaan pengaruh Arab tanpa pengimbangan dengan putaran dua penjuru lain.
Kepada insan-insan Malaysia,
Kedudukan geografi Malaysia menekankan betapa mustahak agar Malaysia mengelakkan pengaruh unsur Arab-Islam jikalau ia bersifat melampau dengan nuansa geografi kita. Demi keagungan negara ini, analisa daripada Tiga Penjuru menunjukkan bahawa Penjuru Islam perlu berputar-putar secara sebahagian dan serentak dengan penjuru lain tanpa mengambil alih posisi perdana keabadian. Gagasan-gagasan mengenai ‘pemulihan’ atau ‘keagungan’ semula patut menuju kepada arah negara-bangsa yang merangkumi hikmah moderat tiga penjuru tersebut yang mengimbangi kebaktian wahyu dengan arus akliah. Kerisauan terhadap kekurangan turath yang mengulaskan corakan sebegini bukanlah fenomena yang menakutkan, tetapi merupakan medan baru yang ditakdirkan kepada tanah Malaysia untuk menutup jurang tamadun sebegitu. Arah ini bukanlah penyimpangan akidah, tetapi adalah penyesuaian hakikat geopolitik serantau yang sejajar dengan perjuangan inti nasional Malaysia.
Disebabkan perbezaan antara alam pasir jazirah Arabia yang langsung tidak mengenai dengan alam maritim kita, perjalanan Malaysia terhadap kuasa seismik memerlukan Kalam baharu. Sesuatu wacana yang membakar semula Akliah dan Ijtihad agar insan Malaysia berupaya meningkatkan kreativiti, kekuatan dan keyakinan demi kemuliaan nasional. Jadinya, Penjuru Islam menjadi seruan kedua kepada pemikir yang ingin membuka landasan kuasa Malaysia yang menguasai tiga-tiga penjuru tersebut.
Bab 4: Penjuru Membangun: Pembasmian fatalisme yang meracuni tanah Malaysia
Kepada insan-insan Malaysia,
Sudah teras terang bahawa Malaysia telah terperangkap dalam perkembangan nasionalnya. Dari segi materialistik, ianya perangkap pendapatan; dari segi akal, ianya pemikiran fatalis. Akibat perangkapnya bukan setakat isu ekonomi daripada segi dasar kerana ianya adalah kesan daripada sesuatu akar masalah — minda fikiran fatalisme. Golongan ini sangat berbahaya terhadap masyarakat Malaysia kerana arus pemikirannya yang berpendapat bahawa apa jua kesan yang melanda mereka merupakan nasib yang sudah tersurat dan tidak dapat menukarkan. Ia sesuatu minda yang sangat negatif sejauh mana ‘ketidakgunaan’ boleh menghuraikan kewatakan mereka. Oleh itu, fatalis-fatalis adalah golongan yang mewakili unsur radikal dalam Penjuru Membangun yang membawa kesan tersirat terhadap keperangkapan Malaysia dalam dunia membangun. Golongan ini menyebarkan gagasan racun yang mengatakan bahawa politik berparasit atau kekurangan pemimpin yang berwawasan demi negaranya adalah hakikat yang tidak dapat diatasi, patut diterima, bersyukur mahupun buruk dan lebih baik berputus asa daripada perjuangan. Apatah lagi, golongan fatalis ini kadangkala pun dapat sorotan daripada kelompok yang juga tiada semangat jati, sedangkan menganggap fatalisme sebagai ‘hikmah’ ataupun ‘kematangan’ kehidupan.
Kelompok fatalis ini selalu bersembunyi di pelosoknya sambil berbangga atas cara mereka bersenda bergurau terhadap kelemahan Malaysia di medan internasional walaupun mereka tidak memiliki apa-apa solusi bernas untuk mengatasinya. Dinamik demikian juga sama dalam medan nasional semasa fatalis mengejek kepada seruan pencorakan falsafah politik baru, mahupun mereka juga golongan sama yang merayu perubahan atas sistem kini yang teruk. Fenomena kini bukan hanya dilihat di generasi lama semata-mata, tetapi juga generasi baru. Arus perdana politik di Malaysia kini yang sindir-menyindir, sinis dan minda pesimis merupakan hasil fatalisme yang telah meracuni beberapa generasi. Kita haruslah mengakui bahawa generasi muda tidak akan membawa masa depan yang lebih terang secara automatik, padahal majoriti zaman ini masih mengulangi kesalahan generasi lama yang mengabaikan perjuangan arus falsafah politik yang baharu. Walaupun generasi baru mendapati kepeluangan pendidikan yang lebih tinggi, peningkatan pengetahuan pada sesuatu subjek tidak bermakna generasi ini sanggup menggunakan sumber baru mereka demi pencorakan duniawi yang melonjakkan alam equilibrium yang bernas. Negara membangun seperti Malaysia masih terbatas dalam tahap ‘belajar’ tanpa unsur penjelmaan aliran nasional baru. Justeru, kombinasi antara fatalisme dengan generasi berpendidikan tidak melahirkan generasi yang lebih mantap, walhal ia melahirkan gabungan toksik yang menjadi penyindir, pengkritik dan pelawak baru yang cuma lebih pandai berhujah sahaja.
Kepada insan-insan Malaysia,
Lensa Tiga Penjuru pula menyediakan kerangka bertingkat tiga mengenai tahap negara-negara membangun dalam penerimaan pemikiran Barat sebagai acu kemodenan. Analisa ini bermanfaat kerana ia menghuraikan fenomena yang seringkali diwakili negara membangun sedunia mengenai keterbatasan minda insan-insannya termasuk Malaysia. Pengajian ini menyimpulkan dinamik Malaysia hari ini berhasil daripada posisi kategori kedua daripada ulasan seterusnya.
Kerangka ini mengutarakan bahawa cara pengemudian idea antara lokal dan Barat mempunyai tiga tahap masing-masing. Pertama, ‘penerimaan selektif’ mewakili pembaratan yang berskala material sahaja macam jentera teknologi. Kedua, tahap ‘pembelajaran’ merupakan pendirian lokal terhadap budaya Barat yang lebih alu-aluan dan bermula penerapan bidang fikiran mereka secara sistematik. Dalam tahap ini, apa yang sering berlaku di masyarakat membangun adalah fenomena dualistik, dimana khazanah asal mengundurkan diri kepada kehidupan peribadi seperti kekeluargaan manakala pembaratannya mengambil alih sektor-sektor mengenai kehidupan awam terutamanya perdagangan, ketatanegaraan dan seterusnya. Tahap ketiga hanya dimiliki oleh negara yang memiliki khazanah tamadun yang berkaliber dan mempunyai pucuk pimpinan yang melangkaui fikiran fatalis pada zaman itu sejauh mana ia berkembang sehingga tahap pencorakan semula. Tamadun atau negara yang bertahap demikian berjaya menjelmakan idea asing kepada sesuatu cabang falsafah kendiri yang bersifat monistik.
Dalam teater Asiatik, salah satu kuasa kontemporari yang mencapai fasa ketiga ialah negara China. Walaupun Gerakan Budaya Cina (新文化运动) pada masa 1910-20an cuba melenyapkan tradisi Konfusian yang dianggap keterbelakangan, perkembangan kemudian bukan sahaja gagal dalam pelenyapan tersebut, tetapi secara tidak langsung menerjemahkan tentangan itu kepada kerangka monistik baru berbudaya Sino yang merangkumi modenisme Barat. Ia akhirnya menjadi asas yang menerima Marxisme-Leninisme-Maoisme sebagai kepeloporan falsafah mereka mahupun memiliki unsur penyesuaian terhadap masyarakat China. Dinamik sebegini menjelaskan bagaimana China kini berupaya menjalani seni politik melalui khazanah tradisional terutamanya kerangka diplomasi bertingkat dua (form dan benefit). Sesudah itu, pemulangan sorot kepada serantau Nusantara menyaksikan bahawa salah satu faktor kekekalan Malaysia sebagai dunia membangun adalah ketidakupayaan kita dalam proses pencorakan semula yang menjelmakan modenisme Barat kepada kerangka monistik berasaskan Malaysia. Keperangkapan negara dalam tahap pembelajaran menimbul masyarakat yang menyerap kebaikan idea asing tanpa kapasiti mengelakkan kesan sampingan yang buruk. Maka fasa pembelajaran yang tiada jelmaan nasional menghasilkan sesuatu masyarakat yang dengkil akan kemuliaan negara lain tanpa kemampuan malah daya fikiran untuk mengemukakan solusi bernas agar negaranya menikmati ganjaran yang sama.
Secara ringkasnya, pencorakan semula terhadap gagasan yang sedia ada merupakan landasan falsafah bagi Malaysia memupuskan fatalisme yang mewakili unsur radikal Penjuru Membangun. Walaupun terdapat wacana balasan mengenai Islam Modenisme sebagai contoh kejayaan pencorakan semula; pandangan tersebut memang tepat tetapi tidak cukup sempurna daripada lensa Tiga Penjuru Malaysia. Hal ini sedemikian kerana sifat falsafah monistik yang diingini oleh Malaysia memerlukan usaha berganda tiga agar inti nasional dikuncikan antara tiga putaran penjuru sekelilingnya; maka kejayaan kebangkitan Islam adalah sebahagian unsur positif daripada Penjuru-penjuru tersebut.
Gagasan tersebut tentunya mengejutkan golongan fatalis kerana mereka tidak pernah berfikir mendalam demi nadi negaranya dan hanya menyebarkan racun kepada masyarakat sejauh mana jalan kotor, pendidikan tidak sehaluan, pembocoran warisan, ataupun ketidaksatuan negara adalah hakikat derita yang harus kita akui dan terima. Sebaliknya, teori kita yang mendedahkan kelemahan Malaysia semasa berdepani dengan idea asing bukan gagasan yang bersifat defeatis semata-mata, tetapi ia disusuli oleh solusi lanjutan yang dihurai bawah. Dan pengemukaan tersebut memberi fakta alternatif dimana Malaysia masih memiliki khazanah kurniaan yang dapat diterokai agar ia membangkit semula potensi kekuatan kita.
Kita mengetengahkan bahawa sifat geografi Malaysia memerlukan seni diplomasi yang serupa kuasa besar walaupun saiznya sederhana. Sifat benua dan maritim Malaysia bermakna kemungkinan penyatuan negara adalah lebih tinggi berbanding negara kepulauan seperti Filipina dan Indonesia. Walaupun sempadan maritim mereka lebih luas daripada Malaysia, sebenarnya geologi mereka membawa kesukaran logistik. Oleh itu, pemerhatian melalui lensa Tiga Penjuru menjadi asas wawasan dimana kurniaan geografi Malaysia menakdirkan tanah ini kepada posisi agung di serantau Nusantara dan Asia Tenggara selagi ketatanegaraannya dapat disesuaikan dengan keadaan sebegini.
Tetapi untuk membukakan harta karun ini, Malaysia akan mengalami penderitaan yang lebih susah demi pencapaian ini. Ianya sedemikian kerana konsepsi ‘kemenangan’ bukan lagi bergantung dengan hasil undian atau perhitungan kerusi di Parlimen, tetapi pencorakan semula falsafah nasional sebelum tindakan politik seismik. Isi kerangka harus merangkumi penjelmaan teoretikal berkali tiga ganda supaya putar-putaran tiga penjuru tersebut dapat dikonsolidasi kepada satu inti nasional yang bersifat monistik. Hanya kejayaan teoretikal sebegini menyediakan langkah lanjutan yang menterjemahkan tabiatnya kepada ideologi nasional kemudian yang mematikan golongan berpenjuru radikal, umpamanya chauvinis berpenjuru Konfusian, fanatik berpenjuru Islam dan fatalis berpenjuru Membangun. Hanya kesan itu dapat menjayakan peninggalan Malaysia dari perangkap Penjuru Membangun dan menerima saranan takdirnya untuk meningkatkan kaliber material negara sejauh mana pembekalan modal insan dipenuhi inovator and pencipta sejarah demi kekayaan negara.
Bab 5: Penutup
Kepada insan-insan Malaysia,
Sejak lalu, arus sejarah mengajarkan kita bahawa perubahan berlaku atas perilaku masyarakat, sama ada dirancang sengajanya atau secara tidak langsung. Sama dengan penyatuan dan keagungan nasional, ia tidak akan berhasil kalau tiada apa-apa tindakan positif. Kejayaan juga tidak akan tertiba melalui undian atau kerusi Parlimen kerana dua-dua ini memandang prestasi sebagai percakapan kosong dan seni berkompromi tanpa renungan demi nasib negara. Dengan itu, sudah masanya kita juga berhenti menganggap bahawa generasi baru akan mencorakkan masa depan yang lebih terang secara automatik. Pada zaman ini, semakin banyak pemuda mengutamakan sektor swasta dan mengabaikan jati nasional yang setiap Malaysia perlu ada. Dinamik ini menjadi sesuatu masalah nasional kalau pemuda-pemuda begini menonjolkan kekayaan material sehingga tahap melampau dimana mereka sudah lupa bahawa semua aktiviti mereka tidak akan wujud tanpa kemunculan negara yang berfungsi. Pada masa yang sama, kita juga pun tidak boleh memandang pemuda yang melibatkan diri di politik sebagai generasi yang ‘lebih bagus’. Dalam sudut ini, mereka hanya salinan generasi lama kalau kita memperhatikan perangai mereka yang sebenarnya selari dengan pendahulunya yang bersifat fatalis dan sinis yang hanya berbakat dalam kritikan dan kemudian menjadi generasi parasit konyol yang baru, cuma rupanya nampak lebih muda. Disebabkan asas falsafah yang tidak mendalam, pemuda ini pula diinspirasi oleh inspirasi yang salah, menjerit demi slogan yang lemah, dan menindak atas tindakan yang tiada nilai. Maka sesiapa yang berjaya mendapatkan kuasa, akan satu masa dia baru menyedari idea lemah ini tidak lagi menjadi prinsip peribadi, jadi apa yang ketinggalan hanya kuasa kerja yang boleh digunakan untuk menjaga keluarga. Wacana tentang kekuatan negara pula ditimbulkan semasa jamuan dengan hadirin lain dan kadangkala dijadikan kandungan lawak. Pemuda ini yang menjelma kepada parasit konyol tidak lagi percaya terhadap perjuangan ideologi, kerana dialah insan racun yang berperangai generasi lama tetapi berupa muda sahaja.
Kepada insan-insan Malaysia,
Pemikir muda hanya dapat menjadi generasi yang membawakan impak bergelora demi negaranya kalau mereka sanggup melibatkan diri dalam proses yang paling susah iaitu pencorakkan arus pemikiran baru sebelum tindakan ketara. Jadi Teori Tiga Penjuru merupakan saranan kepada pemikir-pemikir muda yang berpendapat sama dan ingin berjuang demi arah ini. Hanya fikiran makro yang serentak dengan keberanian mendefinisikan semula yang menjayakan perintisan.